Malaysian-Food-Guide-Pyramid-BM
Panduan Diet MalaysiaPanduan Diet Malaysia

Panduan Diet Malaysia

Free!

Makan Pelbagai Jenis Makanan Mengikut Keperluan Anda

  • Tidak ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan kesemua tenaga/kalori dan nutrien yang anda perlukan.

  • Pilih pengambilan diet harian anda dengan gabungan pelbagai jenis makanan. Amalkan diet seimbang dan lengkap dengan mempelbagaikan jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

  • Ingat ! Makan secara teratur. Jangan melangkau waktu makan anda.

 

92 in stock

SKU: diet01. Categories: , . Tags: , , , .

Product Description

Panduan Diet Malaysia

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan Mengikut Keperluan Anda

  • Tidak ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan kesemua tenaga/kalori dan nutrien yang anda perlukan.

  • Pilih pengambilan diet harian anda dengan gabungan pelbagai jenis makanan. Amalkan diet seimbang dan lengkap dengan mempelbagaikan jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

  • Ingat ! Makan secara teratur. Jangan melangkau waktu makan anda.

 

2. Kekalkan Berat Badan Dalam Julat Yang Sihat Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan dan Aktiviti Fizikal

  • Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan pemakanan anda.

  • Makanlah mengikut keperluan anda dan lakukan aktiviti fizikal setiap hari.

  • Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya seminggu sekali.

  • Tentukan Indeks Jisim Tubuh, IJT (Body Mass Index, BMI) dengan menggunakan formula :

Berat (kg)
IJT =
Tinggi (m)  X  Tinggi (m)

 

Jika IJT anda adalah Anda adalah
Kurang daripada 18.5 Kurang berat badan
18.5 hingga < 25 Berat badan normal
25 hingga < 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes
  • Jika IJT anda normal, kekalkan berat badan anda .

  • Sebaliknya jika berat badan anda berlebihan, sasarkan penurunan secara perlahan dan tetap iaitu antara 0.5 hingga 1kg setiap minggu.

  • Sekiranya kurang berat badan, tingkatkan pengambilan makanan mengikut saranan keperluan anda.

 

3. Aktif Secara Fizikal Setiap Hari

  • Bergerak aktif setiap hari dengan pelbagai cara seperti berjalan ke kedai, surau atau tempat-tempat ibadat yang lain berbanding memandu. Seberapa boleh, lakukan kerja rumah secara manual.

  • Lakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjoging, turun naik tangga di rumah dan pejabat, bermain badminton, senam robik dan bersenam sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali seminggu.

  • Lakukan senaman fleksibiliti (yoga dan taichi), kekuatan otot (tekan tubi) dan daya tahan otot (berlari) sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.

  • Hadkan tabiat tidak aktif tidak lebih daripada 2 jam sehari.

 

4. Makan Nasi dan Produk Bijirin Secukupnya (Utamakan Bijirin Penuh) Serta Ubi-ubian

  • Menu harian anda seharusnya merangkumi 4 hingga 8 sajian bijirin daripada produk bijirin.

  • Utamakan produk bijirin penuh dan sekiranya anda memilih untuk mengambil produk bijirin yang sedia dimakan, carilah produk yang :

    • tinggi kandungan serat

    • rendah lemak

    • rendah gula dan

    • rendah garam.

  • ************************************* NOTIS SEMUA2ADA******************************

    PENTING: Pihak kami hanya mengedarkannya secara PERCUMA seperti mana yang dinyatakan oleh penulis. Sebarang isi kandungan ebook tidak diubah dan hakmilik penulis. Sebarang masalah atas penggunaan ebook ini, pihak kami tidak bertanggungjawab.

    Jika terdapat sebarang pelanggaran hakcipta atau sebarang masalah atas penerbitan ini, mohon email kepada admin kami di admin@semua2ada.com. 

    *************************************************************************************

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Panduan Diet Malaysia”