KALI PERTAMA Memulakan Bisnes Internet

KALI PERTAMA Memulakan Bisnes Internet

Free!

Bermulanya Al-Kisah Pencarian Rezeki (^-^)

Saya mula berminat terhadap industri perniagaan internet ini selepas saya membantu “kawan” saya membina sebuah laman web untuk project e-commerce beliau sewaktu saya masih menuntut di UiTM lagi.Terus terang saya katakan, sewaktu itu, saya hanya tahu membina laman web berasaskan HTML sahaja.Itupun menggunakan Microsoft Frontpage. Apa itu php, apa itu asp, saya langsung tak tahu. ☺

24 in stock

SKU: Kali1. Categories: , , . Tags: , , .

Product Description

KALI PERTAMA Memulakan Bisnes Internet

Bermulanya Al-Kisah Pencarian Rezeki (^-^)

Saya mula berminat terhadap industri perniagaan internet ini selepas saya membantu “kawan” saya membina sebuah laman web untuk project e-commerce beliau sewaktu saya masih menuntut di UiTM lagi. Terus terang saya katakan, sewaktu itu, saya hanya tahu membina laman web berasaskan HTML sahaja. Itupun menggunakan Microsoft Frontpage.

Apa itu php, apa itu asp, saya langsung tak tahu. ☺Dalam proses membantu beliau, terdetik hati saya untuk mengetahui lebih lanjut apa itu “e-commerce”. Saya luangkan masa membaca buku beliau dan apa yang terkandung di dalam tu, satu pun saya tidak faham. Ebay, Amazon… “Apa bendalah ni…” saya berkata di dalam hati. ☺ Maka saya buat “research” di internet dan mencari apa – apa sahaja info berkaitan e-commerce.

Dan ketika itulah hebohnya juga kisah Jutawan Internet Malaysia iaitu Dr. Irfan Khairi dengan pelancaran buku pertama beliau. Dengan hasrat ingin tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan internet, maka saya beli buku yang Dr. Irfan terbitkan iaitu “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”. Untuk seorang newbie seperti saya ketika itu, saya begitu teruja dengan apa yang beliau coretkan.  Saya mula mengenal apa itu Domain, Hosting, Autoresponder, Produk Digital dan pelbagai macam lagi. Tak cukup dengan buku tersebut, saya buat “research” tambahan di internet.

Macam – macam saya cari, ulangkaji, beli ebook sampaikan ebook “sampah” pun saya beli. Yelah, orang nak belajarlah katakan. Namun, lepas graduate sahaja dari UiTM, saya mula terlibat dengan Multilevel Marketing (MLM). Waktu itu terlupa sebentar tentang perniagaan internet. Biasalah, terpengaruh dengan kata – kata upline yang cukup indah dan manis. Akan tetapi saya boleh dikatakan berjaya juga dengan MLM ini sehinggakan telah menjadi salah seorang orang penting syarikat.

************************************* NOTIS SEMUA2ADA******************************

PENTING: Pihak kami hanya mengedarkannya secara PERCUMA seperti mana yang dinyatakan oleh penulis. Sebarang isi kandungan ebook tidak diubah dan hakmilik penulis. Sebarang masalah atas penggunaan ebook ini, pihak kami tidak bertanggungjawab.

Jika terdapat sebarang pelanggaran hakcipta atau sebarang masalah atas penerbitan ini, mohon email kepada admin kami di admin@semua2ada.com.

*************************************************************************************

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KALI PERTAMA Memulakan Bisnes Internet”